top of page

Pencapaian

Alhamdulillah

Buat pertama kalinya, Astraloka disenaraikan untuk membuat persembahan yang dianjurkan oleh Riuh In The City kolaborasi bersama Cendana antara program tour yang sedang berlangsung ke semua negeri di dalam Malaysia tahun 2022, dan Astraloka terpilih untuk membuat persembahan di negeri Melaka yang bersejarah ini!

photo1660549235 (6).jpeg
photo1660549235 (4).jpeg
photo1660549235 (8).jpeg

Riuh Nau!, Dataran Pahlawan, Melaka.

August 2022

"Rakyat Eksperimental" adalah tema persembahan daripada kumpulan Astraloka melalui pelbagai versi luahan. Antaranya lagu Perang Silat, Timang Burung & Gambuh Menyanyi iringan vokal, Nongga Bersajak, Lagu Medley Rakyat.

Astraloka Rasmi

Tentang Kami

Merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan SSM pada tahun 2021 bertujuan mengembangkan karya seni dengan menghimpunkan peminat, pemain, pemilik dan penjual khazanah alatan muzik tradisional Melayu dan kebudayaan dibawah satu organisasi dimana setiap ahli akan diberi pendedahan akan kepentingan memelihara kesenian dari generasi ke generasi. Ini bagi memastikan warisan dan kesenian Melayu ini dapat dimartabatkan untuk kesinambungan generasi baru.

photo1664288819.jpeg

Hubungi Kami

Ahli kumpulan Astraloka merupakan gabungan pemuzik yang profesional dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam membuat persembahan. Pelbagai jenis persembahan tradisional yang disediakan seperti Persembahan Gamelan Melayu, Iringan Vokal, Persembahan Silat, dan Persembahan Kompang Kontemporari.

Astraloka menerima tempahan bagi melaraskan dan membekal alatan gamelan melayu di Malaysia

PERKHIDMATAN

PERSEMBAHAN GAMELAN

Menyediakan perkhidmatan persembahan Gamelan Tradisional Melayu untuk pelbagai jenis majlis rasmi dan tidak rasmi.

photo1626876862.jpeg

BENGKEL GAMELAN

Menyediakan kursus, bengkel (workshop), dan kelas latihan.

MELARAS (TUNING) DAN SUPPLY

Perkhidmatan melaraskan (tuning), membaikpulih dan membekal alatan Gamelan Tradisional Melayu di Malaysia.

photo1642254331.jpeg

"The Sound Of Authenticity"

Berkarya di pentas Astral, di dalam ruang Loka kita semua.

Contact

Flat Sentul Utama, Jalan Dato Senu 32, Taman Sentul Jaya, Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

011-23121909

photo1664288819 (4).jpeg
bottom of page